jump to navigation

PERKESO Loan February 26, 2007

Posted by rajindran in Perkeso.
trackback

1. PENGENALAN

Faedah ini merupakan
suatu kemudahan pendidikan dalam bentuk pinjaman atau biasiswa
kepada anak tanggungan yang sedang menerima faedah bayaran
bulanan bagi:

  • Faedah Orang Tanggungan
  • Pencen Penakat

Atau Anak tanggungan penerima:
  • Faedah Hilangupaya Kekal
  • Pencen Ilat

2.SYARAT KELAYAKAN

Anak tanggungan yang layak memohon pinjaman
ini dan syaratnya adalah seperti berikut –

  • Anak tanggungan orang berinsurans yang menerima pencen
    ilat atau bayaran berkala faedah hilangupaya kekal hendaklah
    belum mencapai umur 21 tahun dan belum berkahwin pada
    masa permohonannya diterima oleh PERKESO;

atau

  • Anak tanggungan orang berinsurans yang mati akibat suatu
    bencana kerja atau semasa menerima pencen ilat atau sebelum
    mencapai umur 55 tahun tetapi telah memenuhi mana-mana
    syarat kelayakan caruman yang ditetapkan hendaklah belum
    mencapai umur 21 tahun dan belum berkahwin atau jika telah
    mencapai umur 21 tahun, masih menerima pelajaran dalam
    mana-mana institusi pelajaran tinggi dan belum berkahwin
    pada masa permohonannya diterima oleh PERKESO;
  • Telah mendapat tempat dan telah mendaftarkan diri di
    Universiti-Universiti atau Kolej-Kolej atau Institusi
    Pengajian Tinggi tempatan (termasuk Institusi Pengajian
    Tinggi swasta yang menjalankan program berkembar dengan
    syarat seluruh pengajian itu hendaklah dibuat di Malaysia)
    yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan untuk mendapatkan
    suatu Ijazah atau Diploma atau Sijil Kemahiran yang dikeluarkan
    oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK), Kementerian
    Sumber Manusia;
  • Tidak menerima Biasiswa atau Pinjaman atau Bantuan
    Penuh Pelajaran daripada pihak-pihak lain;

dan

  • Kewangan keluarganya tidak dapat menampung perbelanjaan
    pelajaran itu.

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: